Jangan gadaikan nyawa anda dengan hanya membiarkan diri tidak mendapat rawatan segera jika mengalami demam, selesema dan batuk berpanjangan. Simptom ini adalah antara tanda awal berkemungkinan badan anda dijangkiti virus influenza, jika tidak dirawat segera boleh membawa komplikasi serius hingga meragut nyawa.
Umum menyedari jangkitan virus berkenaan mudah merebak daripada satu individu kepada individu yang lama sama ada menerusi sentuhan ataupun rembesan cecair dari hidung.
Mengulas ancaman virus berkenaan, Pakar Perunding Pediatrik dan Neurologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Mohd Feizel Alsiddiq Mohd Fakharuddin, berkata influenza adalah penyakit berjangkit yang menyebabkan jangkitan kepada salur pernafasan termasuklah hidung, tekak dan paru-paru.
Beliau berkata, jangkitan selesema yang disebabkan virus ini serius dan boleh menimbulkan pelbagai komplikasi.
Sejak kebelakangan ini pelbagai laporan kesihatan antarabangsa terkini serta pengalaman saya mendapati peningkatan kes jangkitan virus influenza.
"Setiap tahun kadar kematian meningkat dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporannya bermula 25 Disember hingga 7 Januari lalu, mencatatkan 70,504 kes positif dari 108 negara. Sepanjang musim sejuk bermula Disember lalu pula, Amerika Syarikat (AS) mencatatkan 37 kematian.
"Sepanjang tempoh itu sahaja dilaporkan 12 000 pesakit yang disyaki menjalani rawatan di hospital seluruh AS.
"Statistik ini menimbulkan kebimbangan hingga mewujudkan suasana panik dalam kalangan pengamal perubatan di sana," katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Jangan gadaikan nyawa anda dengan hanya membiarkan diri tidak mendapat rawatan segera jika mengalami demam, selesema dan batuk berpanjangan. Simptom ini adalah antara tanda awal berkemungkinan badan anda dijangkiti virus influenza, jika tidak dirawat segera boleh membawa komplikasi serius hingga meragut nyawa.
Umum menyedari jangkitan virus berkenaan mudah merebak daripada satu individu kepada individu yang lama sama ada menerusi sentuhan ataupun rembesan cecair dari hidung.
Mengulas ancaman virus berkenaan, Pakar Perunding Pediatrik dan Neurologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Mohd Feizel Alsiddiq Mohd Fakharuddin, berkata influenza adalah penyakit berjangkit yang menyebabkan jangkitan kepada salur pernafasan termasuklah hidung, tekak dan paru-p
Beliau berkata, jangkitan selesema yang disebabkan virus ini serius dan boleh menimbulkan pelbagai komplikasi.
Sejak kebelakangan ini pelbagai laporan kesihatan antarabangsa terkini serta pengalaman saya mendapati peningkatan kes jangkitan virus influenza.
"Setiap tahun kadar kematian meningkat dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporannya bermula 25 Disember hingga 7 Januari lalu, mencatatkan 70,504 kes positif dari 108 negara. Sepanjang musim sejuk bermula Disember lalu pula, Amerika Syarikat (AS) mencatatkan 37 kematian.
"Sepanjang tempoh itu sahaja dilaporkan 12 000 pesakit yang disyaki menjalani rawatan di hospital seluruh AS.
"Statistik ini menimbulkan kebimbangan hingga mewujudkan suasana panik dalam kalangan pengamal perubatan di sana," katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dr Mohd Feizel Alsiddiq yang juga Pensyarah Kehormat Jabatan Pediatrik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, berkata virus ini dibahagikan kepada tiga jenis iaitu, Influenza A, Influenza B dan Influenza C. Di antara ketiga-tiga influenza berkenaan, Influenza A berpotensi menyebabkan jangkitan demam selesema yang teruk.
Pada tahun 2009/2010 berlaku suatu pandemik berpunca daripada Influenza A iaitu, Influenza H1N1, namun keadaannya berjaya dikawal. Kini, kebanyakan pesakit hanya mengalami jangkitan influenza bermusim.
Walaupun serangannya berada pada tahap tidak membimbangkan berbanding pada kedua-dua tahun berkenaan, namun masyarakat dan pihak berkuasa kesihatan perlu berwaspada.
Maka, kita harus berhati-hati serta mengenal pasti tanda awal jangkitan virus Influenza A supaya rawatan segera diambil bagi mengelak penularannya .
Gejala ini perlu diberi perhatian khusus kerana jangkitan Influenza A ini boleh menyebabkan pelbagai komplikasi terutamanya dalam kalangan individu berisiko seperti kanak-kanak bawah lima tahun, ibu mengandung dan warga emas.
Jangkitan influenza ini juga memberi kesan serius kepada pesakit jantung, asma, diabetes dan kanser. Memandangkan sistem imun badan mereka lemah. Virus mudah merebak antara individu kepada individu lain menerusi rembesan cecair bersin, batuk, sentuhan dan melalui udara. Sesiapa yang berada berhampiran pesakit berisiko dijangkiti virus ini.
Jangkitan sangat mudah membiak terutama pada cuaca sejuk. Kesannya kes meningkat terutama pada musim sejuk di negara beriklim empat musim. Namun, di Malaysia yang mengalami cuaca tidak menentu, kesannya jangkitan ini boleh berlaku sepanjang tahun dan tidak bermusim.
Jangkitan influenza ini hanya boleh disahkan melalui sampel cecair hidung (nasal swab). Namun adakalanya ujian saringan sedemikian tidak 100 peratus tepat. Dianggarkan 20 hingga 30 peratus pesakit masih boleh didapati negatif.
Untuk mendapatkan keputusan paling tepat, pesakit perlu menjalani ujian nasal swab viral PCR (Polymerase chain reaction), iaitu prosedur makmal genetik yang dilakukan secara komprehensif. Malangnya, prosedur sedemikian tidak dilakukan di kebanyakan klinik atau unit kecemasan hospital memandangkan kosnya yang tinggi dan mengambil masa yang lama.
Pesakit hanya dinasihatkan menjalani ujian PCR ini jika ujian saringan pertama influeza mereka negatif dan pakar perubatan masih mengesyaki bahawa pesakit dijangkiti infleunza. Langkah ini sebagai pengesanan awal bagi membolehkan rawatan segera diambil.
Apabila pesakit sudah disahkan positif influenza, mereka akan menjalani rawatan antiviral oseltamivir sepanjang tempoh lima hingga tujuh hari, bertujuan menyembuhkan pesakit dengan segera dan membantu mengurangkan risiko komplikasi.
Namun begitu jika pesakit kurang berisiko dan jangkitan tidak serius, mereka tidak perlu menjalani rawatan di hospital sebaliknya dinasihatkan mengambil ubatan anti-virus dan berehat di rumah. Bagi individu berisiko, doktor akan menasihatkan mereka menjalani rawatan di hospital sehingga sembuh.
Imunisasi adalah prosedur terbaik mencegah jangkitan influenza dan pakar menyarankan golongan seperti warga tua, kanak-kanak, pesakit asma, pesakit jantung, penghidap kanser dan bayi pramatang diberikan suntikan influenza.
Oleh kerana virus influnza ini mudah berubah (mutasi), imunisasi influenza ini berubah setiap tahun dan orang ramai dinasihatkan mengambilnya secara tahunan.
Berikutan peningkatan kes jangkitan Influenza baru-baru ini serta risiko komplikasinya yang serius terutamanya dalam kalangan kanak-kanak, ibu bapa serta masyarakat haruslah berhati-hati dengan gejala virus selesema Influenza serta mendapat pemeriksaan serta rawatan awal.
No comments:
Post a Comment