Tuesday, April 9, 2013

Ada apa dengan nama....qaseh & chinta

Terlebih dahulu terima kasih kepada pembaca setia laman blog ini.syukur yang tak terhingga kerana sambutan blog ini amat menggalakkan. Ada juga pengunjung dari Australia, Brunai, Singapore, Scothland, US dan merata dunia sudi membaca hasil coretan saya. Ia menaikkan lagi semangat saya untuk selalu mencari bahan dan topik-topik menarik untuk dikongsikan. Tak lupa rakan senegara yang sentiasa dahagakan bahan bacaan dan ilmu. Saya harap usaha saya ini dapat membantu ibu bapa diluar sana dalam medidik anak-anak. Selain kita dapat berkomunikasi dan memberikan pendapat masing-masing di ruangan komen agar saya dapat memperbetulkan segala kesilapan saya. Andai hasil tulisan dan buah fikiran saya ini ada kekurangan ia adalah dari kelemahan dan kedaifan saya sendiri, andai ada kelebihan itu datangnya dari Allah swt. Jika ada ibu bapa yang membaca laman blog ini sedang atau sudah mempunyai anak lebih baik semak pemilihan nama anak anda samada pemilihan nama anak mengikut sunah atau sebaliknya. Kerana tajuk kali ini lebih fokus pada pemilihan nama anak lelaki dan anak perempuan seperti yang digariskan oleh rasullulah mengikut Islam. Sekurang-kurangnya ia sebagai peringatan dan panduan selaku kita sebagai ibu bapa.

Sudah menjadi kelaziman masyarakat hari ini akan memastikan nama yang terbaik dipilih untuk anak mereka. Bagi yang menghadapi tempoh kehamilan menjelang kehamilan 7 bulan maka para ibu sibuk memilih-milih nama yang sesuai untuk bayi mereka. Dek kecanggihan zaman moden kini jantina bayi dalam kandungan dapat ditentukan melalui scan seawal 7 bulan maka para ibu bapa mula merancang nama bayi mereka andai perempuan nama-nama yang indah dipilih sebagai menyempurnakan sifat dan rupa paras anak begitu juga untuk bayi lelaki. Pemilihan nama bayi hendaknya masih berlandaskan Islami di samping tidak melupakan pesan agama Islam dengan memberikan nama-nama yang membawa makna yang baik untuk anak lelaki dan nama yang baik untuk anak perempuan.

Di sebalik pemilihan nama kita juga sering tidak sedar kita sudah terikut-ikut nama seperti orang barat. Ada juga dikalangan ibu bapa yang memilih nama anak-anak mereka mengikut iras-iras nama-nama barat. Tak payah sebutlah nama apa. Cuba cek nama anak-anak anda semua lepas ni kerana di sini ada sedikit perkongsian yang perlu diketahui semua ibu bapa.

Sudah menjadi satu kewajipan bagi ibu bapa untuk memberikan nama yang baik-baik untuk anak-anak yang baru lahir kerana anak-anak tersebut berhak untuk memiliki nama yang indah. Dalam Islam pemberian nama anak-anak adalah tujuh hari selepas kelahiran anak. Pemilihan nama juga perlu yang baik-baik agar mendapat keberkatan sepanjang hayat anak.

Dalam sebuah hadis ada disebut;

“sesungguhnya pada hari kiamat, kamu akan dipanggil dengan namamu dan nama bapamu, maka pakailah olehmu nama-nama yang baik ”.

Rasullulah bersabda lagi,

“Di antara nama-nama kamu, Allah paling menyukai nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama anak hendaklah diberi nama para nabi”.

Apabila memilih nama anak pekara berikut perlu diberi perhatian:

1. Kalau kita memilih nama mengikut Asma Allah nama tersebut hendaklah didahulukan dengan kata yg menunjukkan penghambaan contohnya Abdullah, Abdurahman, Abdul Ghaffar dan sebagainya.

2. Hendaklah memilih nama para nabi seperti Yusuf, Idris, Ahmad, Musa, Muhammad dan sebagainya.

3. Memilih nama dengan nama orang-orang bertakwa contohnya umar Faruq, Utsman, Khalid, Kahdijah, Maryam, Summayyah dan sebagainya.

4. Apabila memilih nama anak dengan nama nabi banyak keberkatannya. Namun harus berhati-hati jangan sampai mencaci. Misalnya mengikut Abu Rafi’ r.a. meriwayatkan bahawa Rasullulah saw bersabda, “Apabila engkau memberi nama seseorang dengan nama Muhammad, maka janganlah dia dipukul dan disakiti”.

Menurut Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasullulah saw pernah memberikan nasihat, “jangan sampai engkau memberikan nama anakmu Muhammad, tetapi engkau juga mencacinya”.

Nampaknya bukan sebarangan nama yang kita boleh pilih. Sebaliknya nama yang terbaik dipilih untuk anak maka perlu kita memelihara anak tersebut bahkan menjaga nama yang diberikan tadi. Amat benarlah cara Islam menjaga dan memelihara Nabi-nabi terutama Nabi kita Muhammad saw.

5. Nama yang dipilih juga perlu mencerminkan semangat dan prinsip Islam. Misalnya nama Thariq, Salahuddin dan sebagainya . dengan harapan nama tersebut dapat disandang oleh pemilik nama.

Pekara yang perlu dihindari bila memberi nama anak:

1. nama yang di berikan bertentangan dengan Islam contoh Abdul Rasul, Abdul Nabi.

2. nama yang diberikan mencerminkan sifat yang buruk.

3. nama yang menunjukan kemegahan dan kebanggaan. (Islam sukakan kesederhaan)

4. nama yang ganjil.

5. nama yang ada unsur syirik.

6. nama yang berasal daripada nama makcik saudara wanita sebelah bapa.

7.Usaha menginggeriskan dan menjadikan nama kebaratan adalah perbuatan yang buruk seperti tidak Islami.

8. Nama yang diberi panjang misalnya Muhammad Syuaib kemudian dipanggil Muhammad atau syuib sahaja maka hal ini tak betul.

9.nama anak juga tidak dipanggil dengan nama yang menyimpang misalnya sulaiman jadi Solly, Zubaidah jadi Beilda, Fatimah jadi Fatti, fatu, fathi atau Tima.

10. nama-nama yang disingkatkan contoh Muhammad jadi Mohd atau M.D. Alhamdulillah sekarang di sekolah-sekolah nama-nama murid yang Muhammad cikgu dah tulis penuh takde lagi Mohd. Habis penuhlah nama pada buku kedatangan lagi yang ada bubuh nama anak panjang-panjang sampai 4 perkataan.

Oleh yang demikian sebagai ibu bapa kita juga tidak harus memilih nama anak sekadar indah namun makna nama tidak ada. Indah didengar namun tidak ada sebarang makna yang baik. Sian anak tu bila besar nanti. Ibu bapa juga kalu nk beri nama untuk anak fikirlah untuk mendapat keberkatan dan jangan terlalu cenderung kebaratan sedangkan dalam Islam tidak menggalakkan. Sekurang-kurangnya anak itu mendapat keberkatan dan rahmat daripada nama yang dipilih malah ibu bapa juga insyallah mendapat rahmat Allah swt. Akhirnya sebuah nama yang nampak indah bunyinya tetapi tidak mempunyai makna ibarat kosong tanpa berkat dan rahmat Allah. Semoga anak-anak yang lahir nanti menjadi golongan mereka yang soleh dan solehah disebalik keberkatan nama.

Kesimpulan yer.. Saya sendiri tgh memilih2 nk letakkn pd anak ke dua nih.... Huhhuhuhu.. Setakatni mcm berminat qairina.. Chinta Qairina Batrisyia?.. Kakakyer .. Qaseh Qistina Batrisyia...cerita tentang keadilan dan kebijaksanaan...

No comments:

Personnal shopper anda..

Kepakaran saya adaalah Membantu awk smua shopink Dgn mudah Tanpa perlu mengadap jamed Or mengejar kesesakan ... jalan raya... Bole ...